Wednesday, January 15, 2014

TUANKU SULTAN YANG BERANI


Sultan Brunei Bersama Rakyat Berarak Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435/2014.







 
 






Sempena sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W semalam bersamaan 12 Rabiulawal 1435H, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenaan mencemar duli bersama rakyat jelata menghadiri Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W di Brunei Bagi Tahun 1435H/2014M.

Kelihatan Tuanku Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan rendah diri untuk bersama-sama dengan rakyat jelata dan memuliakan sambutan Maulidur Rasul 1435H/2014M .
Contoh seorang Ketua dan juga pemimpin, dengan bersikap rendah diri Tuanku Sultan Haji Hassanal Bolkiah bersama sama Rakyat Brunei yang sanggup meredah hujan tanpa mengutamakan kedudukan baginda sebagai Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 

Sultan Hasanal Bolkiah memang terkenal dengan ketokohannya. Sebelum ini, tindakan baginda menguatkuasakan undang-undang syariah (Hukum Hudud) di negara Brunei telah membuka mata banyak Negara-negara Islam yang lain. Semoga Allah memberkati Tuanku Sultan Haji Hassanal Bolkiah Yang Dipertuan Negara Brunei, Semua Ahli Keluarganya dan Seluruh Rakyat Brunei dipanjangkan usia, dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan Dunia dan Akhirat.

Semoga Baginda Sultan Brunei meneruskan usaha baginda memartabatkan Agama Islam. Dan terus Memimpin dan Menerajui Negara Brunei Darussalam. Amiiin.

Daulat Tuanku
Daulat Tuanku
Daulat Tuanku.

 ALLAH-HU-AKBAR
ALLAH-HU-AKBAR
ALLAH-HU-AKBAR.

 

 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 


 
 




No comments: