Thursday, January 23, 2014

Audi Membangunkan Quattro baru (Allroad)







Jika kita berpendapat bahawa Audi sentiasa menukar rekaan baru, kita sudah tentu tidak akan menjadi yang pertama. Kerana kenderaan yang memang terkenal menggunakkan logo Empat Cincin (Four-Ring) ini kelihatan cukup licik , mereka semua lebih cenderung untuk mencari pendekatan rekaan yang agak sama atau mungkin kekurangan rekabentuk yang baru. Jika khabar angin yang terbaru ada menyatakan, Pereka Audi hanya melakukan sedikit pengubahsuaian atau baik pulih dalam rekabentuknya.





Pusat rekaan bentuk atau studio yang baru sedang dibangunkan di Ingolstadt Jerman. Dikatakan ia berbeza daripada tema semasa dalam bentuk dua cara. Yang pertama, ia akan diterajui oleh pendekatan rekaan yang lebih mendatar, Melakukan sedikit perubah di bahagian hidung kerangka bingkai hadapan dengan melebarkan dan meninggikan sedikit pada jeriji secara menegak dimana bentuk asalnya boleh lihat pada model kenderaan Audi sebelum ini . Dengan ini memberikan lagi pendekatan yang terbentang lebih meluas di seluruh struktur penghubung.










 Pada yang lain pula, Rekabentuk baru ini juga akan memberi penekanan kepada sistem pemanduan pengerak empat roda (four-wheel-drive) yang telah menjadi simbol utama pada kenderaan Audi . Seperti yang dijelaskan, ia akan memperlihatkan lagi kekuatan pada struktur pengerak roda , dengan ini keseluruhan rekabentuk bahagian kenderaan tersebut dapat dilihat sewaktu dipandu di jalanraya. Kita juga perlu menunggu dan melihat perkembangan isu ini diperkatakan, tetapi khabar angin menunjukkan bahawa Audi amat peka pada isu rekabentuk yang sering diperkatakan dan sedang berusaha untuk menanganinya.








Tag : Rda








No comments: